Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbezaan trend fesyen terkini, kecantikan itu tidak terhad

    SELAMA bertahun-tahun, imej wanita yang kelihatan tinggi, ramping, cantik dan tiada kecacatan sering kali mengisi ruang majalah fesyen, papan iklan dan juga skrin televisyen namun kini, semua itu telah berubah sama sekali.

    Kini, model British yang berusia 26 tahun, Iskra Lawrence sedang melancarkan satu kempen kesedaran ke atas standard kecantikan yang tidak dapat dicapai dalam dunia fesyen.

    Selebriti itu telah melancarkan usahanya khususnya dalam media sosial untuk memancarkan kepelbagaian. Selebriti itu merupakan salah seorang model berbadan besar untuk mencari kemasyhuran dan menggelar mereka sebagai aktivis reka bentuk badan sekali gus mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan. Malah model itu tidak membenarkan mana-mana yang memerlukan khidmatnya untuk mengubah dan membuat sesuatu perubahan terhadap imej-imej yang telah diambil.

    “Sebenarnya, konsep photoshop dalam dunia fesyen adalah satu ilusi. Mana-mana yang mempunyai ukuran badan yang besar, itu bukan satu kelemahan, ia adalah sebahagian daripada tubuh anda. Kami yakin dengan masyarakat serta media bahawa tanggapan terhadap kami adalah salah,” kata Lawrence kepada wartawan AFP semasa dia melakukan satu sesi penggambaran.

    Di Britain, dianggarkan sekitar 57 peratus wanita yang mempunyai indeks berat badan di atas normal malah di Amerika Syarikat, angka itu meningkat kepada 62 peratus, di mana purata wanita Amerika adalah saiz 14 hingga 16. Bagi Lawrence jika diukur melalui sukatan AS, ia adalah 10 hingga 12 namun beliau masih terlalu gemuk untuk menjadi seorang model. Namun perubahan telah berlaku, Ashley Graham, pada tahun lepas telah menjadi model ‘Kurva’ yang pertama di kulit majalah ‘Swimsuit Issue’ dengan memiliki badan yang besar tidak seperti model-model yang lain.

    Beberapa badan organisasi pengeluar fesyen terkenal seperti LVMH, Kering, Christian Dior dan Saint Laurent, beberapa hari yang lalu telah mengharamkan mana-mana model yang terlalu kurus untuk paparan rekaan fesyen.

    Tidak perlu sempurna

    Pada bulan Februari yang lalu, dia telah menjadi model pertama untuk berjalan di pentas peragaan mempamerkan rekaan Michael Kors untuk musim pertunjukan fesyen. Baru-baru ini, selebriti dari British itu telah mengadakan anugerah fesyen dan dihadiri oleh beberapa model terkenal dunia seperti Gigi Hadid. Malah semasa anugerah itu, ruang dewan dipenuhi dengan wanita-wanita yang berbangga dengan reka bentuk badan mereka yang besar seperti Adele, Beyonce, Amy Schumer, Melissa McCarthy dan juga bintang sukan tenis, Serena Williams.

    Berikutan dengan isu-isu mengenai anoreksia, beberapa badan organisasi pengeluar fesyen terkenal seperti LVMH, Kering, Christian Dior dan Saint Laurent, beberapa hari yang lalu telah mengharamkan mana-mana model yang terlalu kurus untuk paparan rekaan fesyen dan juga pertunjukan fesyen jenama mereka. Kini berpangkalan di New York, Lawrence telah membintangi pelbagai kempen-kempen seperti American Eagle dan Aerie Lingerie dan mempunyai hampir empat juta pengikut di Instagram.

    Enam tahun yang lalu, selebriti itu berkata bahawa beberapa individu mengetawakannya dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masa depan yang cerah apatah lagi untuk menjejakkan kaki di New York untuk bekerja.

    “Masa itu saya sangat sakit hati dan terguris serta masih ingat sehingga ke hari ini,” tambah Lawrence kepada AFP. Sejak itu, dia telah dilantik sebagai model JAG iaitu sebuah agensi model yang ditubuhkan pada tahun 2013 untuk mewakili model-model yang mempunyai saiz badan yang besar. Sejak menjadi model dalam organisasi berkenaan, selebriti itu telah berjalan dalam pentas pertunjukan fesyen New York dan juga papan iklan yang kekal di Times Square, New York. “Melihat imej-imej itu seolah-olah membantu saya dan juga yang lain untuk memahami bahawa mereka tidak perlu untuk menjadi seorang yang sempurna dan hargai apa yang ada dalam diri kita,” tambah Lawrence kepada AFP.

    Model British yang berusia 26 tahun, Iskra Lawrence sedang melancarkan satu kempen kesedaran ke atas standard kecantikan yang tidak dapat dicapai dalam dunia fesyen. – AFP
    Selebriti itu merupakan salah seorang model berbadan besar untuk mencari kemasyhuran dan memanggil mereka sebagai aktivis reka bentuk badan sekali gus mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan.

    Definisi transformasi

    “Setiap hari di media sosial, saya sering kali menerima pesanan peribadi daripada banyak gadis dan mengatakan bahawa saya telah berjaya menyelamatkan nyawa mereka daripada gangguan makan atau pemikiran untuk membunuh diri, ia adalah satu gerakan yang sangat positif,” kata Lawrence yang kagum dengan kempen media sosial yang telah dijalankannya itu. Namun, tidak dinafikan banyak pengeluar jenama fesyen masih mengekalkan saiz yang normal untuk jenama mereka dan ukuran berbadan besar masih dalam kekurangan.

    “Sebenarnya, ramai yang tidak mahu melihat diri mereka kelihatan besar dalam pertunjukan itu,” kata Jaclyn Sarka yang telah mengasaskan JAG Models pada tahun 2013 dan mengakui bahawa keperluan untuk mewakili wanita cantik tidak hanya diukur daripada saiz badan mereka. Sekarang organisasi tersebut diwakili kira-kira 65 wanita dan saiz terbesar ialah 20.

    Lynne Webber, pengarah urusan Marina Rinaldi, pemimpin dalam jenama mewah dan bahagian Max Mara Fashion Group bersetuju bahawa potensi model saiz besar juga boleh berkembang.

    “Ini adalah satu transformasi dunia fesyen dan semua ini disebabkan oleh pertumbuhan media sosial yang besar, jadi saluran komunikasi yang lebih demokratik dan memberikan lebih banyak ruang untuk penglibatan kaum wanita, oleh itu, mengenai isu wanita bersaiz besar, usah bimbang kerana wanita-wanita ini juga boleh bersaing secara sihat,” tambah Lynne mengakhiri temu ramah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda