Perbicaraan 1MDB ditangguh kerana Najib

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan  Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pertuduhan berkaitan Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan kerana bekas perdana menteri itu mendapat jangkitan konjunktivitis pada matanya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam utama  Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan atas alasan perubatan dan juga  kerana ia tidak dibantah oleh pasukan pendakwaan.

“Yang Arif  sekitar pukul 7.15 pagi ini , saya menerima panggilan daripada  pelanggan saya dan juga daripada isterinya, memaklumkan saya bahawa beliau disyaki mempunyai konjunktivitis di matanya akibat jerebu …beliau keluar malam semalam.

“Pada masa ini, beliau masih berada di rumah. Pelanggan saya telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau hanya dapat berjumpa pakar di Garden Mall pada jam 10.30 pagi. Jadi, kemudian saya akan menyerahkan salinan chit perubatan, saya menjangka sekurang-kurangnya hari ini atau esok  beliau  akan  bercuti sakit,” katanya. – Bernama