Perbicaraan gabenor Jakarta ditutup kepada media

JAKARTA, Indonesia, 3 Jan – Sebuah mahkamah Indonesia memerintahkan hari ini bahawa testimoni saksi akan ditutup kepada media dalam perbicaraan gabenor Kristian yang menghina agama.

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’ didakwa kerana menghina agama Islam dan mencemarkan ayat suci Al-Quran dengan menggunakan salah satu ayatnya yang merangsang peluangnya untuk menang dalam pilihan raya semula.

Ahok, 50, berusaha untuk mendapatkan penggal kedua sebagai gabenor dalam pilihan raya yang dijangka diadakan pada Februari.

Lima panel hakim memerintahkan jurnalis tidak akan dibenarkan untuk melaporkan testimoni saksi semasa perbicaraan itu dan hadirin tidak dibenarkan membawa telefon di dalam bilik mahkamah.

Testimoni dimulakan sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini.

Ketua Hakim Dwiarso Budi Santiarto mengarahkan jurnalis untuk meninggalkan bilik mahkamah di Mahkamah Daerah Utara Jakarta sejurus selepas dia memulakan perbicaraan.

Salah seorang peguam Ahok, Trimoelja Soerjadi, berkata perintah itu adalah bertujuan untuk melindungi saksi yang mendapat perhatian perbicaraan meluas di negara yang paling ramai penganut Islam. – AFP