Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan jejas kesihatan Suu Kyi

    YANGON, 4 OKT – Kesihatan pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi telah terjejas disebabkan kerap tampil ke mahkamah yang dikendalikan tentera junta yang menggulingkan kerajaannya, peguamnya berkata hari ini.

    Suu Kyi dibiacarakn pada Jun lalu, empat bulan selepas ditahan dalam rampasan kuasa yang menyebabkan negara itu huru-hara.

    Pemimpin berusia 76 tahun itu berdepan pelbagai dakwaan, daripada hasutan kepada mengimport walkie-talkie secara haram, yang boleh menyaksikannya dipenjara selama berdekad-dekad.

    Beliau memohon bagi pendengaran dijalankan setiap dua minggu berbanding setiap minggu atas alasan masalah kesihatan, peguamnya Khin Maung Zaw berkata selepas penampilan terkini di mahkamah.

    Selepas dakwaan-dakwaan rasuah baharu yang dihadapkan ke atasnya minggu lalu, pemenang anugerah Nobel itu kini mesti hadir hampir setiap hari di sebuah bilik mahkamah di ibu negara yang dibangunkan tentera, Naypyidaw.

    Perbicaraan itu telah menyebabkan Suu Kyi merasa ‘terbeban’, Khin Maung Zaw berkata, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Peguam itu menambah bahawa hakim akan membuat keputusan terhadap permohonan itu minggu depan.

    Lapan bulan sejak rampasan kuasa berkenaan, pertembungan antara pasukan junta dan pembantah anti rampasan kuasa telah meningkat, dengan serangan dan pembalasan yang semakin berdarah. – AFP

    Gambar fail 15 Februari 2021 menunjukkan pembantah memegang poster yang menampilkan Aung San Suu Kyi semasa bantahan

    terhadap rampasan kuasa tentera di depan Bank Pusat Myanmar di Yangon. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda