Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Perbicaraan kes bunuh, ambil dadah pada Jun

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Mahkamah Majistret semalam mene-tapkan tarikh perbicaraan dari 6 hingga 11 Jun dan 15 hingga 16 Jun, bagi kes seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang didakwa membunuh seorang pekerja penyelenggara jalan raya dalam kemalangan jalan dan mengambil dadah methylamphetamine.

    efendan, Pengiran Narudin bin Pengiran Haji Nor Abidin sebelum itu menafikan kedua-dua dakwaan tersebut.

    Kes tersebut dikaitkan dengan rakaman CCTV yang tular berlaku di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, mencadangkan defendan melanggar pekerja berusia 35 tahun sementara memandu dengan berbahaya di jambatan di mana mangsa dan beberapa rakan sekerja sedang bekerja pada 8 Ogos 2020 jam 10:20 malam.

    Siasatan menunjukkan defendan mengambil methylamphetamine selepas ujian dilakukan ke atas sampel air kencing berikutan penahanannya.

    Dakwaan yang dilakukan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya membawa denda $20,000, penjara tujuh tahun dan tidak dibenarkan memandu seumur hidup, manakala dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah membawa hukuman penjara 10 tahun, denda $20,000 atau kedua-duanya, dan hukuman penjara minimum mandatori tiga tahun untuk kesalahan kedua dan seterusnya.

    Pendakwa Hajah Siti Mu’izzah Haji Sabli dan Kamal Ariffin mewakili pendakwa raya.

    Kes tersebut dipengerusikan oleh Ketua Majistret Pengiran Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...