Perbicaraan kes lelaki India cabul budak Mac depan

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Seorang lelaki warga India berusia 32 tahun akan membuktikan ketidakbersalahannya dalam perbicaraan atas dakwaan memaksa seorang budak lelaki warga tempatan berusia 10 tahun untuk melakukan tindakan seksual terhadapnya.

Mohamad Iburahim berdepan dakwaan mencabul kehormatan mangsa pada pukul 11 pagi, 21 Jun lalu di Kampung Rimba.

Tertuduh diwakili oleh peguam bela Leney Andrew Albert dan Wafi Sallehuddin dari Messrs Ahmad Isa and Partners.

Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman telah menetapkan tarikh 1 hingga 4, 8 dan 9 Mac 2021 untuk mendengarkan perbicaraan.