Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Perbicaraan kes rasuah 2 penjawat awam ditetapkan tahun depan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Mahkamah Majistret, di sini, Sabtu lalu telah menetapkan perbicaraan bermula 27 Mac hingga 6 April 2023 bagi kes membabitkan dua penjawat awam yang menghadapi pertuduhan rasuah.

    Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu, 50 yang pada masa dakwaan adalah pengarah Radio Televisyen Brunei, didakwa telah menerima sebuah kereta mewah daripada Jonathan Kho Chew Sen, 45, bekas penolong ketua berita dan hal ehwal semasa di RTB.

    Jonathan Kho didakwa menghadiahkan kereta mewah itu sebagai rasuah kepada Haji Muhammad Suffian untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Ketua Majistret Pengiran Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail akan mengendalikan perbicaraan itu.

    Peguam bela Roy Prabhakaran dan Kamal Shaari dari Messrs Yusof Halim and Partners mewakili kedua-dua tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin dan Nurul Fitri binti Kiprawi mewakili pendakwa raya dalam kes itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...