Perbicaraan MH17 dimulakan

BADHOEVEDORP, 9 MAC – Perbicaraan empat lelaki atas tuduhan membunuh berhubung penembakan jatuh pesawat penerbangan Malaysia, MH17 pada tahun 2014 telah dimulakan di Belanda hari ini, walaupun suspek-supek masih lagi bebas.

Ini berikutan perjuangan setengah dekad bagi keluarga kepada 298 orang yang terkorban apabila pesawat mereka telah ditembak jatuh di Ukranie oleh peluru berpandu buatan Rusia apabila membuat perjalanan dari Amserdam ke Kuala Lumpur.

Pendakwa raya Belanda tahun lalu menjatuhkan hukuman kepada warga Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko – kesemuanya berkaitan dengan pihak pemisah pro Moscow di Timur Ukraine – atas tragedi tersebut.

Meskipun waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan, tidak seorang pun daripada suspek dijangka akan hadir ke mahkamah yang dikawal ketat, yang terletak di lapangan antarabangsa Schiphol di mana tempat pesawat malang tersebut berlepas pada 17 Julai 2015.

Ketua hakim, Hendrik Steenhuis akan memulakan prosiding dengan memeriksa sama ada defendan akan hadir ke bilik mahkamah atau tidak.

Jika mereka gagal hadir ketiga-tiga panel hakim akan dijangka meneruskan kes tersebut tanpa tidak hadir. – AFP

Gambar fail menunjukkan penstrukturan semula serpihan pesawat Malaysia, MH17, yang dipamerkan semasa sidang konferensi di Gilze-Rijen, tengah Belanda.- AFP