Perbicaraan pendakwaan trump bermula

WASHINGTON, 21 JAN – Perbicaraan pendakwaan bersejarah Presiden Donald Trump bermula hari ini di Senat, dengan Demokrat menyeru penyingkirannya dari pejabat dan Republikan memutuskan untuk membebaskannya dengan cepat, jika boleh.

Perbicaraan yang berlaku empat bulan selepas skandal Ukraine tercetus dan membayangi pengakhiran penggal Trump, dan 10 bulan sebelum orang-orang Amerika melakukan pilihan raya sama ada untuk memilih semula dia atau sebaliknya, 100 ahli-ahli Senat akan berkumpul pada jam 1 petang bersama-sama ketua kehakiman, John Roberts mempengerusikan perbicaraan.

Petugas penggubal undang-undang, bersumpah pada minggu lepas sebagai juri, untuk memutuskan sama ada Trump menyalahgunakan jawatannya dan menghalang Kongres seperti yang didakwa di dalam dua artikel pendakwaan yang diluluskan bulan lepas oleh Dewan Perwakilan.

Mereka menyatakan bahawa Trump cuba menekan Ukraine untuk campur tangan dalam pilihan raya AS 2020 untuk membantunya menang, dan kemudian cuba menggagalkan siasatan kongres tentang kelakuannya.

Perbicaraan ini akan menjadi yang ketiga berlaku terhadap seorang presiden yang telah menjalani perbicaraan pendakwaan, selepasa Andrew Jihnson pada 1868 dan Bill Clinton pada 1999.

Sebahagian daripada tumpuan skandal pada 25 Julai, iaitu satu panggilan telefon di mana Trump menekan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky untuk mengumumkan penyiasatan ke atas bekas Naib Presiden, Joe Biden, yang juga merupakan lawan berpotensi Trump dalam pilihan raya pada November depan.

Demokrat, yang mengawal Dewan Perwakilan Rakyat dan mengetuai penyiasatan, menuduh Trump memanipulasi Ukraine dengan memegang wang hampir berjumlah AS$400 juta dalam bantuan ketenteraan perangnya terhadap pemisah yang disokong Rusia dan pertemuan Rumah Putih untuk Zelensky sehingga pengumuman terakhir siasatan Biden. – AFP

Gambar fail pada 14 Januari 2020, artikel pendakwaan yang ditandatangani oleh Speaker Dewan, Nancy Pelosi sedang dibawa oleh SAA Dewan, Paul Irving (Tengah) dan kerani Dewan, Cheryl Johnson (kiri) ke Senat diikuti oleh Pengurus Pendakwaan Capitol Hill di Washington. – AFP