Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

Perbicaraan rasuah terakhir akan diteruskan

BANGKOK, 18 OKT – Sebuah mahkamah di Myanmar yang diperintah tentera hari ini memutuskan bahawa perbicaraan rasuah terakhir bagi pemimpin yang disingkirkan, Aung San Suu Kyi (gambar fail – AFP) akan diteruskan selepas mendapati bahawa pendakwa raya menyerahkan bukti yang mencukupi untuk mengekalkan pendakwaannya.

Suu Kyi, yang ditahan apabila tentera merampas kuasa daripada kerajaannya yang dilantik pada Februari tahun lalu, telah didakwa dengan 12 kesalahan di bawah undang-undang antirasuah, setiap satu membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda. Kes-kes rasuah adalah antara beberapa pendakwaan yang dikemukakan oleh tentera terhadapnya.

Kumpulan hak asasi dan penyokong Suu Kyi berkata pendakwaan-pendakwaan terhadapnya adalah bermotifkan politik dan percubaan untuk mencemarkan namanya. Ia juga bagi mengesahkan rampasan kuasa tentera dan menghalangnya daripada kembali ke politik.

Suu Kyi telah pun dijatuhi hukuman penjara 26 tahun selepas disabit bersalah terhadap dakwaan-dakwaan secara haram mengimport dan memiliki walkie-talkie, melanggar sekatan-sekatan koronavirus, mencabuli akta rahsia rasmi negara itu, hasutan, penipuan pilihan raya dan tujuh kesalahan rasuah. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -