MONACO, 3 Mei – Pemain tengah Monaco, Tiemoue Bakayok, yang mana kurang daripada setahun lagi kontraknya mansuh, tidak ada mengadakan perbincangan mengenai kontrak dengan Paris Saint-Germain, kata ejennya.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang sebelum ini tandukannya dalam peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara telah menyingkirkan Manchester City, dijangka antara pemain yang bakal meninggalkan Monaco ketika jendela perpindahan nanti.
Tetapi ejen pemain itu, abangnya Abdoulaye Bakayoko memberitahu AFP bahawa perbincangan dengan PSG yang dilaporkan secara meluas dalam media Perancis sebenarnya tidak benar.
“Terdapat beberapa khabar angin dan antaranya menyatakan Tiemoue mengadakan perbincangan mengenai kontrak bersama PSG adalah tidak benar sama sekali,” kata ejen itu.
Selepas mengalami patah hidung ketika menjalani latihan minggu lepas, Bakayoko akan memakai topeng dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus esok. – AFP