Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Perbincangan ilmiah sempena Israk dan Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun dan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj bagi tahun ini, Pusat Pengajian Fiqh Al-Usrah dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath dan Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan sebuah diskusi ilmiah secara dalam talian.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Nadwah Ilmiah tersebut membincangkan pengajaran dan penghayatan peristiwa Israk dan Mikraj dari Kitab Turath ‘Kifayatul Muhtaj’ karangan Syeikh Daud Fathani berkenaan penerapan akidah Ahli Sunnah Waljama’ah dalam institusi keluarga.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada pensyarah KUPU SB iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Dr Haji Harapandi Dahri; Pengarah Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, Haji Mohd Azmi bin Haji Omar dan Pengarah Pusat Pengajian Fiqh Al-Usrah, Awang Hilman bin Haji Salim.

    Manakala itu, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Dr Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abdul Mulok selaku moderator.

    Menurut Dr Harapandi, di dalam kitab Turath tersebut, ada menyatakan peristiwa Israk dan Mikraj yang merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga qaul para sahabat dan ulama.

    Kitab tersebut tidak bercanggahan dengan hadis Rasulullah SAW, malahan dalam kitab tersebut juga ada dinyatakan akan kebaikan dan pahala bagi orang bertasbih.

    Beliau turut menekankan hikmah perjalanan Rasulullah berkenaan seperti kebaikan solat yang telah diperintahkan oleh Allah kepada Baginda dan diwajibkan kepada umat Baginda.

    Antara hikmah melakukan solat ialah bebas daripada perilaku yang tidak baik dan menghapuskan dosa dan khilaf. Solat juga memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa bagi pelakunya.

    Dr Haji Adanan semasa menghadiri perbincangan ilmiah yang diadakan secara dalam talian. – Gambar serahan KUPU SB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...