Perbincangan krisis Itali diteruskan

ROM, 22 OGOS – Presiden Itali, akan mengadakan perbincangan hari kedua dengan bertujuan untuk menyelesaikan krisis politik yang menggegarkan negara itu hari ini selepas perpecahan kerajaan populis itu.

Presiden Sergio Mattarella akan bertemu dengan parti-parti utama, termasuk Five Star Movement (M5S) dan League, selepas perpecahan gabungan yang tidak lagi berfungsi dengan sempurna itu.

Perdana Menteri Giuseppe Conte meletak jawatan Selasa lalu selepas berbulan-bulan berbalas cakap dan satu percubaan pemimpin League Matteo Salvini untuk mengadakan pilihan raya, hanya selepas 14 bulan sejak berkuasa.

Mattarella bertemu dengan para pemimpin di kedua-dua rumah Parlimen kelmarin dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian.

Formasi bagi gabungan baharu, sebuah kerajaan teknokrat jangka masa pendek atau pilihan raya awal, adalah antara pilihan utama.

Satu cadangan gabungan antara M5S dan Parti Demokratik (PD) kelihatannya mula mendapat tempat, dengan pemimpin PD, Nicola Zingaretti berkata dia bersedia untuk membuat perjanjian itu.

PD dan M5S saling berbalah selama bertahun-tahun, namun satu gabungan akan menyaksikan Salvini ditendang keluar kerajaan, satu motif yang di-sepakati. – AFP

Giuseppe Conte (kanan) ketika bertemu dengan Presiden Sergio Mattarella di istana presiden Quirinale, Rom baru-baru ini. – AP