Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Perbincangan VTL Malaysia Thailand diharap capai kemajuan

-

KUALA LUMPUR, 7 DIS – Perbincangan mengenai Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) di antara Malaysia dan Thailand diharap mencapai kemajuan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke negara itu pada 29 dan 30 Disember ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata seperti VTL di antara Malaysia dan Singapura yang dimuktamadkan baru-baru ini, perbincangan sama turut dibuat dengan beberapa negara jiran lain termasuk Thailand dan Indonesia.

“Perbincangan diketuai menteri kesihatan sama seperti perbincangan dengan Singapura,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Kerangka Dasar Luar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini, pada Selasa.

Menurut laporan media, Thailand akan mempertimbangkan pembukaan semula sempadan dengan Malaysia seperti dicadangkan Ahli Parlimen dari wilayah selatan.

Berdasarkan laporan Bangkok Post, jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) negara itu sebelum ini mencapai persetujuan secara prinsip berhubung cadangan berkenaan dan mengarahkan butiran berkaitan dikaji.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan dikaji semula susulan perkembangan di Malaysia yang merekodkan kes pertama Omicron membabitkan seorang pelajar asing yang pulang dari Afrika Selatan. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -