Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Percaturan DPMM FC tidak berhasil

Oleh Fadhil Yunus

SINGAPURA, 19 MAC – Pasukan DPMM FC mengalami kekalahan 3-1 di tangan Geylang International dalam saingan Liga Perdana Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Geylang International berada di hadapan menerusi jaringan Naufal Azman seawal minit ke-5. Pasukan DPMM FC sekali lagi terlebih dahulu dibolosi dan dilihat mengharungi musim yang sukar setakat ini.

The Eagles berjaya menggandakan kedudukan selepas Yushi Yamaya berjaya membolos gawang lawan menerusi sepakan percuma.

DPMM FC menemui harapan apabila Azizi Ali Rahman merapatkan kedudukan pada minit ke-61.

Namun Geylang International sekali lagi menembusi gawang lima minit kemudian menerusi Yushi Yamaya dengan bantuan Naufal Azman.

Dengan keputusan tersebut, DPMM FC mencatatkan kekalahan ketiga daripada empat perlawanan sejak kembali bersaing di Liga Perdana Singapura.

Aksi pemain DPMM FC merebut bola daripada pemain Geylang International dalam saingan di Liga Perdana Singapura, semalam. – Gambar serahan Liga Perdana Singapura
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -