Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Percaya janji ‘doktor’, kerani rugi lebih RM100,000

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM152,500 selepas berkenalan dengan seorang ‘doktor’ di media sosial yang berjanji akan berkahwin dengannya.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata lelaki berusia 34 tahun itu meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk membayar hutang peribadi suspek serta perbelanjaan perkahwinan.

    Beliau berkata wanita itu membuat beberapa perjumpaan dengan lelaki terbabit di sebuah bilik hotel di ibu negara dan menyerahkan antaranya barang kemas bernilai RM30,000 dan wang tunai RM122,500 bagi tujuan membantu lelaki itu membayar deposit pembelian rumah.

    “Mangsa kemudiannya mendapat tahu bahawa suspek pernah melakukan perkara sama terhadap beberapa wanita lain di hotel yang sama dan membuat laporan polis pada 9 April lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun pada Rabu lepas di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan kes.

    “Polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan keping jongkong emas, lapan keping dinar emas pelbagai berat dianggarkan bernilai RM30,000 dan wang tunai berjumlah RM18,000,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...