Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Percepat pembangunan pusat kanser di Sarawak

    KUCHING, 23 JAN – Kerajaan Negeri Sarawak akan terus mengadakan libat urus dengan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa bagi mempercepat pembangunan pusat kanser di negeri itu.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam Negeri, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi taklimat mengenai rancangan untuk membina pusat itu semasa mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini baru-baru ini. 

    “Premier kami (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah memaklumkan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk membina pusat kanser itu, justeru secara prinsipnya, isu itu telah dimaklumkan dan untuk butiran lanjut, kami akan membuat susulan dengan jawatankuasa teknikal dan di peringkat kementerian selepas cuti Tahun Baharu China,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...