Percubaan pemberontak dipatahkan

DAMSYIK, 16 Dis – Tentera Syria semalam menyasarkan beberapa kumpulan pemberontak yang cuba memasuki kawasan kedudukan ketenteraan Syria di dalam zon bebas tentera di wilayah Hama, menurut agensi berita negara SANA.

Pihak tentera telah melepaskan sasaran ke atas para pemberontak daripada Parti Turkistan berdekatan perkampungan al-Zyara dan Sermaniyah selepas menemui mereka di zon bebas tentera.

Sasaran tersebut dibuat beberapa hari selepas pemberontak Parti Turkistan menyerang beberapa kedudukan ketenteraan di utara wilayah Hama bersama bom mortar, berdasarkan laporan.

Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria semalam berkata bahawa 27 buah kawasan dalam zon bebas tentera telah menyaksikan pelanggaran sejak beberapa hari lepas akibat daripada pertempuran antara tentera dan para pemberontak.

Perjanjian bebas tentera, yang memasuki bulan keempat, termasuklah beberapa buah kawasan di Idlib, yang menjadi kubu terbesar terakhir pemberontak di barat laut Syria dan juga kawasan berdekatan wilayah Hama, Latakia dan Aleppo.

Perjanjian untuk melaksanakan zon bebas tentera dicapai pada September lalu antara para pemimpin Turki dan Rusia, dalam usaha untuk mengalih wilayah Idlib daripada terlibat serangan berskala besar oleh tentera Syria.

Tugasan Turki dalam perjanjian itu adalah untuk memujuk kumpulan pemberontak di Idlib mematuhi rancangan itu tatkala Ankara sedang menguasai anggota militan di sana.

Namun begitu, kumpulan ekstremis seperti Hayat Tahrir al-Sham, kumpulan al-Qaeda berkaitan Barisan Nusra, menolak untuk berundur dari zon berkenaan menurut pelan berkenaan.

Para pemberontak ultra radikal menguasai 70 peratus kawasan penampan.

Kerajaan Syria pada awalnya menyambut baik perjanjian berkenaan namun menyedari ia hanyalah sementara sahaja, berulang kali mengatakan Idlib tidak akan dapat kembali di bawah kawalan kerajaan. – AFP