Percubaan vaksin COVID-19 ditangguh

LONDON, 9 SEPT – Ujian klinikal salah satu vaksin eksperimen COVID-19 paling maju, yang sedang dibangunkan oleh syarikat farmasi AstraZenceca dan Universiti Oxford, telah ‘ditangguhkan’ kelmarin selepas seorang sukarela menghidap penyakit yang tidak dapat dijelaskan.

Dengan berbilion orang di seluruh dunia masih terkesan akibat penularan wabak dan kematian global hampir 900,000 orang, perlumbaan di seluruh dunia untuk mencipta vaksin masih dijalankan, dengan sembilan buah syarikat sudah berada di penghujung Fasa 3 percubaan.

Jangkitan di seluruh dunia sehingga sekarang mencatatkan lebih 27 juta orang dan lebih dari 890,000 orang telah terkorban akibat wabak tersebut.

Rusia telah meluluskan vaksin dan penyelidikan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet minggu lalu menurut pesakit yang terlibat dalam ujian awal mengembangkan antibodi dengan ‘tiada sebarang keburukan serius berlaku’. Tetapi para saintis berhati-hati bahawa percubaan tersebut adalah terlalu kecil.

Jurucakap bagi vaksin AstraZeneca berkata dalam kenyataan kelmarin bahawa ‘mereka secara sukarela menggantungkan vaksinasi untuk membolehkan mengkaji data keselamatan oleh jawatankuasa bebas.

Syarikat farmasi AstraZenceca dan Universiti Oxford menangguhkan ujian vaksin selepas sukarelawan menghidapi penyakit yang tidak dapat dijelaskan. – AP

Syarikat itu berkata bahawa percubaan secara besar-besaran, penyakit akan kadangkala berlaku tetapi ia akan dikaji secara bebas.

AstraZeneca tidak memberikan butiran lanjut tetapi laman berita perubatan, Stat News, yang pertama kali melaporkan penyakit yang dihidapi oleh sukarela, menyebut satu sumber berkata ia melibatkan ‘reaksi kesan buruk yang serius’ kepada vaksin.

“Ia sememangnya bukan berita gembira, diingatkan bahawa siasatan penuh reaksi buruk adalah sebahagian daripada percubaan berskala besar dan sangat penting untuk memastikan kepercayaan terhadap vaksin.

Ini bermakna keputusan vaksin akan tertunda,” tulis pakar epidemiologi harvard, Bill Hanage melalui Twitter.

Menurut Stat News, penyakit daripada vaksin yang diberikan kepada para sukarela besar kemungkinan akan berlaku dalam fasa 2 atau 3 percubaan yang berpangkalan di United Kingdom. – AFP