Percutian ke laut elakkan jangkitan COVID -19

YARMOUTH, MAINE – Brandon Mitchell mempunyai rancangan besar untuk mengunjungi keluarga di Michigan dan membawa isteri dan tiga anaknya ke Disney World.

Walau bagaimanapun, pandemik telah menjadikan rancangannya tergendala. Sebaliknya mereka telah membeli sebuah kapal.

“Kami akan pergi ke laut. Terdapat banyak tempat untuk diterokai. Ia akan memberikan kami riadah dan kebebasan yang tidak boleh didapatkan di mana-mana,” ujar kapten kapal yang penuh keceriaan.

Jumlah orang seperti Mitchell yang merancang untuk meluangkan baki musim panas menjelajah lautan di antara pulau sepanjang pantai Maine semakin meningkat di tengah-tengah pandemik koronavirus. Dan ia adalah berita baik untuk industri kapal.

Dari Maine ke California, peniaga kapal melaporkan jualan yang tidak pernah berlaku dahulu yang bermula semasa musim bunga di negeri bercuaca panas sebelum menjadi popular pada bahagian lain negara tersebut, seperti Maine dan Minnesota.

Gambar bertarikh 24 Julai 2020 menunjukkan Carter Mitchell berlari menaiki kapal baharu milik keluarganya. – AP
Gambar bertarikh 18 Julai 2020 menunjukkan seorang wanita membaling tali kepada atendan di pelabuhan minyak di Boston Harbor. – AP
Orang ramai berusaha untuk menghindar koronavirus dengan mencari ketenangan di laut terbuka. – AP

Pelabuhan dan kedai membaiki kapal telah dibanjiri seiring dengan permintaan dan minat orang ramai. Terdapat juga senarai menunggu untuk butiran kapal.

Kajian terbaharu menunjukkan lebih daripada 70 peratus peniaga kapal sama ada kehabisan kapal atau kekurangan inventori, kata Matt Gruhn dari Persatuan Peruncit Marin Amerika.

Trend tersebut difahami bahawa orang ramai mencari sesuatu untuk dilakukan dan tempat yang selamat untuk pergi, ketika pandemik telah meningkatkan kebimbangan keselamatan dan peluang untuk beriadah.

Pantai, tasik dan kolam merupakan tempat yang bagus untuk orang mengekalkan penjarakan sosial sambil bersantai-santai dalam masa yang sama.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Sejak akhir April, kami telah melihat penjualan kapal satu rekod baharu,” kata Rob Soucy dari Port Harbor Marine, menerangkan dirinya sebagai peniaga kapal terbesar Maine.

Pada satu masa, pertanyaan informasi sehingga 300 ke 400 peratus dan dia menjangkakan akan menjual antara 1,000 kapal tahun ini, lebih beberapa ratus daripada kebiasaan.

“Ia seperti kebakaran yang tidak terkawal. Orang mencari cara untuk pergi ke laut,” ujar Tracy Coughlin dari Yarmouth Boat Yard, juga di Maine.

Jualan meningkat 65 peratus di Yarmouth Boat Yard dan syarikat bersekutu, Moose Landing Marina di Naples, Maine, ujarnya. Pertumbuhan terbesar untuk jualan adalah pada bulan Jun, di mana jualan meningkat 85 peratus.

Kapal didatangkan dalam pelbagai saiz, bentuk dan harga. Kapal meman-cing aluminium baharu dengan enjin mungkin berharga AS$10,500, sementara cruiser berukuran 44 kaki (13 meter) boleh mencecah AS$900,000 dan harga meningkat dari sana.

Tetapi dengan pembatalan perjalanan percutian dan aktiviti lain ditangguhkan, orang ramai bersedia pergi ke laut untuk segalanya daripada kapal sederhana kepada kapal persiar mewah, ujar Chris DiMillo, dari DiMillo’s Yacht Sales di Portland.

Inventori kami dalam pasaran pada dasarnya adalah kecil seperti yang pernah saya perhatikan. Kami menerima panggilan daripada orang yang menyatakan mereka tidak akan membeli sebuah kapal. Dan sekarang mereka membelinya,” ujarnya.

Di selatan California, jualan meningkat 40 hingga 50 peratus di Marina del Rey Yacht Sales berdekatan Los Angeles dan Long Beach Yacht Center, ujar pemiliknya Steve Curran.

“Saya telah berada dalam perniagaan untuk 50 tahun, jadi saya telah melihat banyak turun naik. Saya tentu sahaja tidak menjangka perkara ini,” ujarnya.

Di Florida, jurujual Bill Aston menyatakan jualan meningkat lebih 200 peratus sejak dua bulan lepas di Central Marine Boat Sales di St. Petersburg, Florida

“Kami menjual kesemua yang kami ada. kami telah kehabisan produk,” kata Aston yang melaporkan 95 peratus inventori lamanya telah terjual.

Tetapi dengan para peminat kapal baharu pergi ke laut terbuka, terdapat kebimbangan akan keselamatan yang bukan secara langsung disebabkan koronavirus.

Penjaga Pantai AS mengesyorkan kursus keselamatan untuk pengendali kapal baharu, arahan praktikal merupakan suatu yang sukar untuk didapatkan pada musim panas ini disebabkan pandemik. Sesetengah pemilik kapal telah menemui kursus keselamatan dalam talian.

“Kami mahu orang ramai keluar ke pantai untuk berseronok, tetapi semua orang perlu mengambil perhatian dengan keselamatan,” Chris Edmonston, presiden Yayasan Bot AS untuk keselamatan kapal dan kebersihan pantai di Annapolis, Maryland

Pelayaran atau bermotor sekitar air merupakan ‘hadiah sagu hati’ yang baik untuk orang yang membatalkan percutian atau terlepas perkhemahan musim panas, program atletik atau acara lain yang dibatalkan yang tidak terkira banyaknya. – AP