Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Perdagangan antara Malaysia, Thailand meningkat 30.26 peratus

    BANGKOK, 3 FEB – Perdagangan sempadan antara Malaysia dan Thailand meningkat 30.26 peratus kepada 627.7 bilion baht (100 baht bersamaan RM12.60) tahun lepas susulan pembukaan semula kesemua sembilan pusat pemeriksaan di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang telah melonjakkan aktiviti ekonomi.

    Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit berkata eksport ke Malaysia bertambah 42.62 peratus kepada 346.6 bilion baht manakala import naik 18.44 peratus kepada 281.1 bilion baht tahun lepas, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak 65.5 bilion baht.

    Bagi 2021, beliau berkata perdagangan sempadan keseluruhan Thailand termasuk perdagangan transit berjumlah 1.71 trilion baht, menokok 30.03 peratus tahun ke tahun.

    Eksport berkembang 34.6 peratus kepada 1.03 trilion baht manakala import naik 23.7 peratus kepada 684 bilion baht, ia menghasilkan lebihan dagangan sebanyak 347.3 bilion baht pada 2021, katanya.

    “Tahun lepas, perdagangan rentas sempadan Thailand dengan empat negara jiran, iaitu Malaysia, Myanmar, Laos, dan Kemboja berjumlah 924 bilion baht, peningkatan 21.56 peratus tahun ke tahun manakala perdagangan transit dengan Singapura, Vietnam, China Selatan dan negara lain berjumlah 791 bilion baht, pertumbuhan sebanyak 41.55 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

    Bagi 2022, Jurin berkata perdagangan rentas sempadan Thailand dijangka berkembang antara 5.0 peratus dan 7.0 peratus kepada antara 1.08 trilion baht dan 1.1 trilion baht, dipacu oleh pemulihan ekonomi global dan serantau.

    Timbalan Perdana Menteri Thailand itu berkata baht yang lebih lemah akan meningkatkan daya saing produk Thailand. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...