Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Perdagangan barangan asing China meningkat 8.6 peratus

BEIJING, 7 DIS – Perdagangan barangan asing China meningkat 8.6 peratus tahun ke tahun kepada 38.34 trilion yuan (kira-kira AS$5.78 trilion) sepanjang 11 bulan pertama tahun ini, lapor Xinhua memetik data rasmi pada hari ini.

Eksport meningkat 11.9 peratus tahun ke tahun kepada 21.84 trilion yuan manakala import menambah 4.6 peratus berbanding 16.5 trilion yuan tahun lepas, menurut Pentadbiran Am Kastam.

Dari Januari hingga November, dagangan China dengan ASEAN dan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat masing-masing meningkat 15.5 peratus, tujuh peratus dan 4 .8 peratus.

Dalam tempoh itu, dagangan China dengan negara-negara dalam jajaran Jalur dan Laluan (BRI) menambah 20.4 peratus tahun ke tahun kepada 12.54 trilion yuan.

Perusahaan swasta mencatatkan peningkatan import dan eksport kepada 13.6 peratus tahun lepas kepada 19.41 trilion yuan dalam tempoh 11 bulan pertama, menyumbang 50.6 peratus jumlah dagangan negara. – Bernama

Gambar bertarikh 2 Disember menunjukkan kapal kargo dengan kipas turbin angin yang akan dieksport di pelabuhan di Nantong di wilayah timur Jiangsu, China. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -