Perdagangan bebas kunci pemulihan pandemik

WELLINGTON, 10 NOV – Perdagangan Pacific Rim dan menteri-menteri luar bersetuju semasa sidang kemuncak secara maya hari ini bahawa perdagangan bebas dan membuka semula ekonomi akan memacu pemulihan rantau daripada pandemik koronavirus.

Menteri-menteri dari 21 negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengadakan pertemuan dalam talian bagi membincangkan tindak balas terhadap COVID-19 menjelang perjum-paan pemimpin-pemimpin negara pada Sabtu, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan rakan sejawat dari China, Xi Jinping.

Menteri Perdagangan New Zealand, Damien O’Connor, penganjur perjumpaan, berkata antara yang ditekankan termasuk pelan untuk membekukan secara sukarela subsidi bahan api fosil dan komitmen untuk membebaskan tarif terhadap vaksin dan bekalan perubatan pandemik lainnya.

O’Connor berkata terdapat perjanjian komprehensif mengenai keperluan untuk mengelak melaksanakan penghalang perdagangan dalam tindak balas terhadap cabaran disebabkan oleh pandemik.

“Ia adalah perdagangan bebas, adil dan terbuka yang akan membantu ekonomi bergerak ke hadapan keluar daripada pandemik. Kita perlu bersikap terbuka untuk memacu perkembangan global, malahan perdagangan melambangkan penyelesaian terhadap cabaran kita,” tambahnya.

“Kira-kira 81 juta pekerjaan hilang di seluruh rantau akibat COVID-19 dan kesan terhadap rantaian bekalan yang signifikan, namun ahli-ahli APEC menolak fahaman perlindungan semasa krisis ini.”

Ahli-ahli APEC yang mencatatkan hampir 40 peratus penduduk dunia dan kira-kira 60 peratus ekonomi global.

Sidang kemuncak tersebut pada mulanya dijadualkan diadakan di Auckland akan tetapi dilangsungkan secara dalam talian buat kali kedua ekoran COVID-19 selepas Malaysia menganjurkannya secara maya tahun lalu.

Apabila pemimpin-pemimpin APEC bertemu pada Sabtu, antara agenda yang dibincangkan termasuk bagaimana untuk membuka semula sempadan tanpa menyebarkan virus, memastikan pemulihan pandemik yang adil dan bergerak menuju ekonomi bebas karbon. – AFP

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern semasa mempengerusikan sidang kemuncak APEC secara maya, kelmarin. – AP