Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri Estonia menang pilihan raya

    TALLINN, ESTONIA, 6 MAC – Perdana Menteri Estonia, Kaja Kallas, termasuk salah seorang penyokong Ukraine, telah memenangi pilihan raya umum negara Baltik dengan kemenangan yang besar parti Reformasi, yang memberi tumpuan kepada keselamatan negara dan ekonomi.

    Pengiraan awal daripada undi menunjukkan parti Reformasi, rakan kongsi utama dalam kerajaan gabungan tiga parti yang lama, menerima 31.2 peratus daripada undi yang merupakan bahagian terbesar dalam pilihan raya kelmarin.

    Ini bermaksud parti itu akan mendapat 37 kerusi daripada 101 kerusi di Parlimen Estonia atau Riigikogu, iaitu peningkatan tiga kerusi daripada pilihan raya 2019.

    “Keputusan ini akan memberi kami mandat yang kuat untuk membentuk kerajaan yang baik,” kata Kallas kepada rakan-rakan parti dan penyokong di hotel di ibu negara, Tallinn.

    Kallas, yang menjadi Perdana Menteri sejak 2021, menghadapi cabaran daripada parti EKRE, yang ingin mengehadkan sokongan negara Baltik tersebut terhadap perang Rusia di Ukraine dan menyalahkan kerajaan bagi kadar inflasi yang tinggi di Estonia. EKRE mendapat tempat kedua dengan 16.1 peratus daripada undi dan 17 kerusi dalam Parlimen, iaitu pengurangan dua kerusi berbanding empat tahun yang lalu. Parti Tengah, yang disokong oleh minoriti etnik Rusia yang besar di Estonia, mendapat tempat ketiga dengan 15.3 peratus undi.

    Keselamatan negara itu selepas pencerobohan Rusia yang berdekatan di Ukraine dan isu sosio-ekonomi, terutamanya kenaikan kos hidup merupakan agenda utama dalam pilihan raya itu.Kehadiran pengundi adalah 63.7 peratus, kadar yang seiring dengan pilihan raya terdahulu, menurut maklumat awal. – AP

    Kaja Kallas semasa bercakap kepada media di Tallinn, Estonia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...