Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri Jepun dijangkiti COVID

    TOKYO, 21 OGOS – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida telah dijangkiti COVID-19, kata pejabatnya hari ini, seminggu sebelum pemimpin tersebut dijangka menghadiri sidang pembangunan Afrika di Tunisia.

    Kishida mengambil ujian PCR ‘selepas mengalami suhu ringan dan batuk’ dari malam kelmarin, kata seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Jepun memberitahu AFP.

    Laporan dalam media tempatan termasuk penyiar awam NHK berkata beliau kini mungkin menghadiri Persidangan Antarabangsa Tokyo mengenai Pembangunan Afrika (TICAD) pada 27-28 Ogos secara dalam talian.

    Jepun telah mencatatkan rekod kes COVID dalam beberapa hari kebelakangan ini, walaupun jumlah kematian akibat penyakit itu jauh lebih rendah daripada banyak negara lain, iaitu 36,780.

    Kishida yang berusia 65 tahun, yang memegang jawatan pada Oktober, sudah mengambil suntikan vaksin keempatnya awal bulan ini.

    Dia telah bercuti bersama keluarga dan dijangka kembali bekerja esok.

    Jepun tidak pernah mengenakan sekatan ketat dengan langkah anti-jangkitan yang menyasarkan waktu buka bar dan restoran telah dibatalkan pada bulan Mac di seluruh negara.

    Sempadan negara itu telah dibuka semula sebahagiannya walaupun pelancong masih dilarang melainkan mereka melakukan perjalanan berkumpulan yang teratur. – AFP

    Gambar fail bertarikh 12 Ogos menunjukkan Fumio Kishida semasa menerima dos keempat vaksin COVID di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...