Perdana Menteri Nepal jalani pembedahan

KATHMANDU, 3 MAC – Perdana Menteri komunis Nepal yang terkenal telah dimasukkan ke hospital dan menunggu giliran pemindahan buah pinggang kali kedua selepas berbulan-bulan sakit.

Khadga Prasad Oli, 69, telah dimasukkan ke hospital University Teaching Trobhuvan di Kathmandu pada Isnin lalu. Menurut beliau menerusi video memberikan pesanan kepada rakyatnya bahawa pembedahan akan dijalankan esok.

Media tempatan memberitahu seorang saudaranya telah mendermakan buah pinggang kepada Oli. Menurut undang-undang Nepal, penderma dan yang penerima mestilah daripada kalangan keluarga dan tidak melibatkan transaksi kewangan.

Oli yang telah lama menderita dari masalah buah pinggang dan membuat beberapa perjalanan ke India dan Thailand untuk menerima rawatan.

Kali pertama beliau menjalani pemindahan buat pinggang adalah pada tahun 2007 di New Delhi.

Oli menjadi Perdana Menteri pada tahun 2018 selepas perikatan komunis memenangi pilihan raya parlimen. Beliau menjadi perdana menteri pada tahun 2015 dan dilantik ke parlimen sebanyak empat kali. – AP

Perdana Menteri Nepal, Khadga Prasad Oli, telah dimasukkan ke hospital dan menunggu giliran pemindahan buah pinggang kali kedua selepas berbulan-bulan sakit. – AP