Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri Peru letak jawatan

    MOSCOW, 25 NOV – Presiden Peru, Pedro Castillo telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Anibal Torres, lapor Sputnik memetik akhbar El Comercio pada hari ini.

    Pada Khamis, Kongres yang dikawal parti pembangkang Peru menolak permintaan Torres untuk mengadakan pembentangan undi percaya.

    Dalam ucapannya, Torres memohon pemansuhan undang-undang, menetapkan bahawa semua inisiatif pembaharuan perlembagaan yang dikemukakan kepada referendum mesti diluluskan Kongres terlebih dahulu, menurut laporan itu.

    Castillo menerima peletakan jawatan Torres sambil memaklumkan beliau akan merombak Kabinet. 

    Beliau berkata keputusan Kongres itu telah ‘menyalahgunakan amanah yang telah diberi,’ lapor akhbar itu.

    Torres ialah Perdana Menteri keempat negara itu sejak Castillo memegang jawatan sebagai Presiden pada Julai 2021.  Bekas Perdana Menteri Hector Valer hanya bertahan selama kira-kira seminggu dan meletak jawatan susulan pertuduhan rasuah dan keganasan rumah tangga terhadapnya. 

    Ahli parlimen pembangkang turut membuat pertuduhan terhadap Castillo sebanyak dua kali tetapi gagal menggulingkannya, walaupun mereka berjaya memecat beberapa anggota Kabinet. – Bernama

    Presiden Peru Pedro Castillo (kiri) melambai kepada media bersebelahan Naib Presiden Dina Boluarte selepas bertemu dengan misi OAS di Istana Kerajaan di Lima pada 21 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...