Perdana menteri Slovenia berundur, gesa pilihan raya segera

LJUBLJANA, 27 JAN – Perdana Menteri Slovenia, Maejan Sarec mengumumkan hari ini dia akan mengundurkan diri dan menggesa pilihan raya baharu, selepas berminggu-minggu ketegangan yang semakin meningkat dalam kerajaan gabungan minoriti

“Dengan anggota parlimen dan gabungan ini saya tidak dapat memenuhi jangkaan rakyat,” katanya kepada wartawan.

“Perkara paling jujur yang boleh kita lakukan sekarang ialah pilihan raya awal… untuk bertanya sama ada mereka mempercayai saya dan mereka mahu saya meneruskan kerja,” tambah Sarec, yang menjadi perdana menteri pada September 2018 berikutan pilihan raya sebelum ini.

Sarec, 42, merupakan perdana menteri Slovenia termuda dan sebelumnya terkenal sebagai pelawak dan satira politik sebelum dia mengangkat dirinya menjadi ahli politik anti-penubuhan.

Peletakan jawatannya hampir sama pada masa Menteri Kewangan, Andrej Bertoncelj juga mengumumkan dia akan berhenti atas pembiayaan penjagaan kesihatan.

Sejak berkhidmat, kerajaan pusat kiri, Sarec telah dilanda dengan rentetan skandal dan pertikaian, menjadikannya tidak dapat meluluskan undang-undang utama.

Bertoncelj adalah yang terbaharu dari enam menteri berprofil tinggi untuk meletak jawatan dari kerajaan semasa.

Pada Disember, gabungan itu hampir berjaya melantik seorang menteri perpaduan baharu selepas Parti National Slovenia populis bersetuju berkecuali daripada mengundi. – AFP

Gambar fail pada 27 Ogos 2019 menunjukkan Marjan Sarec berucap semasa sidang akhbar selepas perbincangan dengan rakan sejawat Serbia di Belgrade, Serbia. – AP