Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Perdana menteri Solomon selamat undi tidak percaya

-

HONIARA, 6 DIS – Perdana Menteri Pulau Solomon, Manasseh Sogavare hari ini terselamat dalam undi tidak percaya, pergelutan terbaharu mempertahankan kerjaya berdekad lamanya yang dicemari dengan rusuhan maut, ketegangan antara pulau dan hubungan yang semakin rapat dengan Beijing.

Perdana menteri empat kali berusia 66 tahun itu sekali lagi menunjukkan dia mempunyai banyak lagi agenda yang perlu diperjuangkan, enggan mengalah dengan cubaan men-yingkirkannya di parlimen dan jalanan, di mana protes ganas baru-baru ini memusnahkan sebahagian besar landskap ibu negaranya, Honiara.

Bekas pelajar akauntan itu sudah dua kali disingkirkan dalam undi tidak percaya, dan dia bertekad untuk tidak mengulanginya kali ketiga.

Selama dua jam, Sogavare cuba meyakinkan penentangnya di parlimen, pada satu saat, menunjukkan amarahnya sebelum dia mendapat cukup undi untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Meskipun terselamat di parlimen, cabaran besar menantinya selepas keganasan yang meranapkan sebahagian besar ibu negara. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -