Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri Thailand berdepan gesaan berundur

    BANGKOK, 23 OGOS – Satu tuntutan undang-undang yang boleh menyingkirkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha telah sampai ke mahkamah perlembagaan negara itu pada minggu ini, mengancam pergolakan politik baharu bagi negara itu hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya negara.

    Bekas jeneral itu terus memegang kuasa melalui bantahan anti kerajaan pada 2020, pandemik yang menjejaskan, ekonomi yang goyah dan beberapa isu politik, tetapi kini perlembagaan yang pembentukannya diselia beliau sendiri, digunakan untuk menentangnya.

    Penentang pemerintah berusia 68 tahun itu, yang muncul berkuasa dalam rampasan kuasa, berjuang bagi penyingkirannya di bawah peraturan mengehadkan tempoh perdana menteri menjawat jawatan kepada maksimum lapan tahun yang mereka katakan akan dicapai esok.

    Sementara hasilnya tidak dapat dipastikan, ramai pemerhati berpendapat mahkamah akan memihak kepada Prayut.

    Penentang Prayut berkata penggalnya bermula apabila dia mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa pada Mei 2014, terkini daripada berpuluh pemberontakan kilat tentera untuk menterbalikkan politik Thailand sejak kelahiran demokrasi pada 1932.

    Namun para penyokong berkata, dia menjadi perdana menteri mulai 2017, apabila perlembagaan yang dirangka tentera dikuatkuasakan, atau pada 2019 semasa kemenangannya yang kontroversi dalam pilihan raya negara yang telah lama tertangguh.

    Parti-parti pembangkang telah meminta mahkamah perlembagaan untuk membuat keputusan mengenai bila penggal Prayut berakhir, dan pada Rabu, hakim-hakim dijangka memaklumkan sama ada mereka akan mempertimbangkan kes itu. – AFP

    Seorang pembantah memegang potret Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha semasa demonstrasi menggesa bagi penyingkirannya di Bangkok, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...