Perdana Menteri Ukraine letak jawatan

KIEV, 4 MAC – Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Goncharuk telah meletak jawatan hanya selepas enam bulan menjadi perdana menteri dan akan digantikan oleh salah seorang timbalan beliau, menurut ahli parlimen.

Goncharuk telah diminta untuk meletak jawatan pada Januari lalu selepas rakaman suara beliau dibocorkan di mana beliau mempersoalkan presiden Volodymyr Zelensky mengenai cengkeman ekonomi, tetapi beliau enggan untuk meletakkan jawatan.

Walaupun pihak kerajaan enggan memberitahu bahawa Goncharuk telah meletak jawatan, tetapi ahli parlimen parti Zelensky telah mengumumkan peletakan jawatan tersebut ketika perjumpaan bersama presiden dan undian parlimen untuk meluluskannya akan diadakan hari ini.

Zelensky merancang akan menggantikan perdana menteri yang berusia 35 tahun – paling muda dalam sejarah Ukraine – kerana beliau tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan mengenai isu ekonomi, sumber rasmi memberitahu AFP minggu lalu.

Goncharuk membidas kenyataan bahawa beliau telah meletakkan jawatan pada Isnin lalu tetapi mengesahkan ‘konsultasi mengenai perkara ini’ telah diadakan bersama presiden.

Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Goncharuk ketika berucap pada sidang media di Kiev pada 2 Mac, beliau telah meletak jawatan hanya selepas enam bulan menjawat jawatan tersebut. – AFP

Tetapi Selasa lalu, ahli parlimen dari parti president, parti Servant of the People diberitahu bahawa peletakan jawatan presiden dibuat ketika perjumpaan dengan Zelensky, timbalan parlimen, Ievgenia Kravtchuk memberitahu AFP.

Zelensky memberitahu ahli parti bahawa Deny Chmygal, salah seorang timbalan perdana menteri, akan mengambil alih tampuk kerajaan, Kraytchuk berkata.

Berita turut mengesahkan bahawa dua rakan parlimen beliau – dikatakan menteri luar dan menteri kewangan dan pertahanan, turut akan ditukar.

Goncharuk telah dicalonkan bagi jawatan tersebut oleh Zelensky, Ogos tahun lepas menentang pergelutan ekonomi dan peperangan yang berterusan dengan pihak pemisah yang disokong oleh Rusia di bahagian Timur.

Tetapi keputusan presiden untuk enggan meletakkan jawatan telah menimbulkan kritikan dari parti Zelensky mengenai tugas kerajaannya.

Zelensky mula berkuasa April tahun lepas dengan menjanjikan untuk ‘bebas dari sistem’ yang telah memerintah Ukraine sejak hari kemerdekaan pada tahun 1991.

Antara janji beliau ketika berkempen ialah untuk menamatkan konflik di bahagian Timur, memerangi rasuah dan melakukan reformasi ekonomi di salah sebuah negara termiskin di Eropah.

Parti beliau memenangi pilihan raya perundangan pada Julai tahun lalu dan membentuk sebuah kerajaan termasuk melantik beberapa menteri yang tidak berpengalaman. – AFP