Perdana menteri yaman pulang ke aden

ADEN, 18 NOV – Perdana Menteri Yaman hari ini terbang kembali ke bandar selatan Aden di bawah syarat perjanjian damai dengan pemisah selatan yang telah mengusir kerajaan dari ibu kota sementara pada bulan Ogos lalu.

Kembalinya Perdana Menteri Maeen Abdulmalik Saeed dan empat menteri lain dari Riyadh, yang pada mulanya dirancang pulang pada minggu lepas tetapi terpaksa ditanggungkan atas alasan logistik, diikuti dengan perjanjian pada November dengan pemisah yang menghalau kerajaan keluar dari bandar pelabuhan itu.

Pejuang pemisah Majlis Peralihan Selatan (STC) pada Ogos lalu merampas kawalan Aden, yang menjadi tempat kerajaan selepas dihalau keluar dari bandar Yaman, Sanaa pada 2014 oleh pemberontak Huthi.

STC dan kerajaan, secara teknikalnya bergabung dalam menentang pemberontak Huthi, menandatangani perjanjian perkongsian kuasa di Riyadh pada 5 November di bawah pengantaraan Arab Saudi.

Berikutan dengan usaha itu untuk mengembalikan kerajaan ke Aden, satu penubuhan khas dibuat bagi membentuk 24 anggota kabinet baharu dengan perwakilan sama untuk pihak selatan, termasuk STC. Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi telah lama tinggal di Riyadh sejak kejatuhan Sanaa kepada pemberontak Huthi. – AFP

Gambar fail pada 12 Disember 2018 menunjukkan Maeen Abdulmalik Saeed ketika ditemu bual oleh wartawan di Aden, Yaman. – AP