Perdue: Beli lebih banyak daging AS

TOKYO, 13 Mei – Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat (AS) Sonny Perdue telah mengambil penyepit barbekunya untuk menyampaikan pesanan beliau kepada Jepun: Beli lebih banyak daging Amerika.

Perdue berkata hari ini sebagai pengguna utama daging AS, Jepun harus melayan AS dengan adil. Beliau berkata beliau berharap Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Shinzo Abe akan mencapai satu perjanjian perniagaan ketika lawatan ketuanya ke Jepun pada akhir bulan ini. Had yang dikenakan oleh Jepun ke atas import daging dan produk ladang lain telah menjadi satu isu yang sering diperdebatkan dalam rundingan perniagaan bertahun-tahun lamanya dengan AS.

Pentadbiran Trump bimbang Jepun akan membeli lebih banyak dari negara lain yang telah menandatangani perjanjian dengan Jepun dalam beberapa tahun ini, seperti Australia dan Eropah.

Jepun, sebuah negara yang mempunyai 126 juta penduduk, adalah pasaran keempat terbesar untuk produk perladangan AS. – AP

Setiausaha Pertanian AS Sonny Perdue menghidangkan sandwic dengan daging Amerika di Tokyo kelmarin. Perdue memanggang daging Amerika di Tokyo untuk memaparkan pesanan beliau: Jepun mesti melayan AS dengan adil sebagai pelanggan utama untuk produk Jepun. – AP