PARIS, 5 OKT – Juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) hari ini mengumumkan penan-datanganan pemain pinjaman Danilo Pereira dari Porto.
Pemain tengah berusia 29 tahun itu, yang telah beraksi mewakili Portugal sebanyak 39 penampilan, telah menan-datangani kontrak sehingga 30 Jun 2021, dengan pilihan untuk membeli secara tetap.
Pereira membuat 202 penampilan untuk Porto, menjaringkan 19 gol dan memenangi liga Portugal dua kali pada 2018 dan 2020, gelaran Supercup Portugis pada 2018 dan Piala Liga pada 2020.
“Ini cabaran baharu bagi saya, dan menjadi sebahagian daripada Paris Saint-Germain sesuai dengan cita-cita saya,” kata Pereira. – AFP