Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perenang negara bakal sertai kejohanan dunia

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Atlet renang Brunei Darussalam, Christian Nikles, Awang Nur Haziq bin Samil dan Hayley Wong akan mewakili Negara dalam Kejohanan Dunia FINA ke-19, bertempat di Budapest, Hungary nanti pada 18 Jun hingga 3 Julai.

    Ketiga-tiga perenang itu akan membuat penampilan antarabangsa pertama mereka dalam peringkat dunia pada tahun ini dan ia juga adalah penampilan pertama buat Hayley dalam kerjaya perlawanannya.

    Manakala itu, Christian, sebelum ini telah menyertai Kejohanan Renang Dunia ke-15 dalam acara renang 25m bersama dengan ahli pasukan kebangsaan, Awang Muhd Isa bin Ahmad di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Disember tahun lalu.

    Atlet renang kebangsaan itu mengatakan, “dari Disember sehinggalah sekarang, latihan telah dijalankan dengan baik. “Latihan dijalankan dengan konsisten dan kami beruntung mendapat tempat untuk menjalani latihan dan masa sepanjang pandemik,” tambahnya.

    “Saya sebenarnya berlumba dalam acara berganti-ganti kelmarin, hanya untuk melihat pencapaian saya dalam membuat persiapan jika saya memerlukan rehat ataupun tidak.”

    Christian meluahkan rasa yakinnya untuk menyertai kejohanan peringkat dunia apabila dia juga ingin mempertingkatkan catatan masa dan mengalahkan rekod kebangsaan.

    Reaksi Michael Obafemi (tengah) bersama pasukannya meraikan kemenangan selepas menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Ireland dan Scot-land di Stadium Aviva, Dublin. – AFP

    Selain itu, Christian juga menambah bahawa hanya beberapa saat sahaja daripada rekod persendiriannya dalam renangan gaya bebas 100m dengan beberapa latihan yang telah dilakukan, “saya bersedia untuk menyertai kejohanan di Budapest.”

    Atlet renang berusia 24 tahun itu juga mengintai untuk mengatasi rekod kebangsaan dalam 50m dan 100m dalam acara gaya bebas, di mana dia akan menyertai dua kategori itu.

    Sementara itu, Awang Nur Haziq bin Samil akan mewakili negara buat kali pertama sejak Sukan Asia Tenggara (SEA) di Manila, Filipina pada Disember 2019.

    Awang Nur Haziq, telah menetap di Thanyapura, Thailand sebagai sebahagian daripada biasiswa FINA itu, telah mengambil bahagian dalam lima acara pertandingan di Thailand.

    “Kami berlatih sebanyak 10 kali dalam seminggu. Kami melakukan empat sesi di atas lantai kering. Selepas latihan pagi, kami akan berlatih di gim, manakala pada waktu petang kami akan berenang dari 4 hingga 6 petang.

    “Pada minggu hadapan, saya berharap dapat mengatasi rekod terbaik persendirian saya,” kata Awang Nur Haziq, yang pada masa ini memegang rekod kebangsaan untuk renangan gaya bebas 400m.

    Selain itu, Nur Haziq, yang akan menyertai acara 200m renangan gaya bebas, mengongsikan harapannya agar dia dapat mengurangkan rekod masa di bawah dua minit, satu pencapaian yang mungkin akan da-pat mengatasi rekod kebangsaan.

    Pada masa ini, Anderson Lim memegang rekod acara gaya bebas 200, dengan catatan masa 2:02.26 saat, yang telah dicapainya semasa Sukan Olimpik di London pada 2012.

    Anderson mengatasi rekod kebangsaan selepas mencatat masa 2:03.30 saat dalam Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kebangsaan ke-29 pada Sabtu lalu.

    “Saya hampir sahaja mencatat rekod itu, saya fikir ini adalah catatan masa terpantas saja sejak pertan-dingan sebelumnya termasuklah dengan kejohanan di Thailand. Saya berasa saya telah mencatat rekod masa 2:05 atau 2:06 tetapi catatan ini adalah yang paling hampir dengan rekod kebangsaan terutamanya apabila ia terjadi seminggu sebelum pertandingan,” katanya.

    “Ia akan menjadi pertandingan di peringkat dunia pertama saya di tahap senior,” kata Nur Haziq, yang sebelum ini telah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires, Argentina pada tahun 2018.

    Sementara itu, Hayley pula ialah peneraju renang wanita kebangsaan, juga salah seorang ahli termuda dalam pasukan yang berusia 14 tahun.

    Ia akan menjadi penampilan pertamanya di peringkat dunia, yang telah menguasai pentas kebangsaan terutamanya pada tahun lalu disebabkan oleh beberapa penutupan dalam aktiviti sukan.

    Hayley mengatakan bahawa dia berasa teruja menjadi sebahagian daripada pasukan untuk mewakili negara untuk kejohanan dunia.

    “Saya mendengar khabar tersebut daripada jurulatih Wu Na bahawa saya akan mengambil bahagian. Mereka memberitahu saya mengenainya tiga bulan yang lalu tetapi khabar itu disahkan setelah tarikhnya semakin dekat.

    “Saya telah menjalani latihan dengan pasukan kebangsaan selama dua ke tiga tahun,” kata Hayley, yang telah mengatasi rekod Nuralia Abdul Rahim dalam acara kuak dada 200m.

    Di akhir temu bual itu, Hayley menamatkan dengan mengatakan bahawa dia berharap untuk mencatat masa renangan terpantas daripada sekarang dan ingin memecahkan rekod kebangsaan. Dia juga turut mengatakan bahawa dia akan melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu nanti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...