Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perfect Glow Beauty ketengah produk Swiss Line by Dreamlab

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Pusat rawatan kecantikan, Perfect Glow Beauty yang menggunakan produk yang didatangkan dari Switzerland iaitu Swiss Line by Dreamlab telah dibuka di Kompleks Abdul Razak, Gadong, hari ini.

    Perasmian pusat rawatan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengurus Bersama Perfect Glow Beauty, Florence Wong dan Ann Tan.

    Pusat berkenaan menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dengan harga yang berpatutan dan antaranya perkhidmatan rawatan yang disediakan seperti Carbon Peel Therapy, Hydrafacial, rawatan muka, badan dan lainnya.

    Perkhidmatan rawatan yang diberikan di pusat berkenaan menggunakan teknologi yang berlainan bagi membantu pelanggan mengatasi masalah kulit yang dihadapi dan pada masa ini, rawatan Carbon Peel Therapy menjadi pilihan pelanggan yang bukan saja berkesan
    malah selamat untuk digunakan.

    Florence Wong dan Ann Tan memotong reben bagi merasmikan Perfect Glow Beauty di Gadong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda