Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pergaduhan di kapal persiaran

    MELBOURNE, 18 Feb – Pelayaran kapal persiaran di Selatan Pasifik terganggu oleh pergaduhan yang berpunca daripada sebuah keluarga yang seramai 23 orang yang menumbuk penumpang-penumpang lain, sesetengah mereka berkata telah mengunci diri mereka dalam kabin untuk menyelamatkan diri daripada keganasan selama tiga hari itu.

    Carnival Legend tiba di pelabuhan negaranya, Melbourne semalam, sehari selepas sebuah keluarga diturunkan dalam perhentian yang tidak dijadualkan di Eden, New South Wales di Australia.

    Polis berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan pihak pengendali persiaran memohon maaf di atas ‘kelakuan menimbulkan gangguan’ oleh kumpulan itu yang telah dikeluarkan dari kapal persiaran.

    “Keluarga besar dari Itali’ selama beberapa hari menyerang warga-warga Australia yang berada di kapal itu, dengan orang ramai ‘dicekik dan ditumbuk’ penumpang bernama Lisa Bolitho memberitahu para pemberita.

    “Sangat ganas, mereka benar-benar menyerang,” ujarnya.

    Dia juga mempersoalkan pengurusan kapal, dengan memetik kapten kapal sebagai berkata, “Apa yang kamu ingin saya lakukan tentang itu – humbankan mereka keluar dari kapal?”

    Rakaman video dari telefon tentang pergaduhan Jumaat lalu yang menunjukkan pengawal keselamatan bergaduh dan cuba memisahkan para penumpang di tengah-tengah orang menjerit dan menendang.

    Anak lelaki Bolitho, Jarrah berkata dia adalah antara yang menjadi sasaran dan kemudian dia melarikan diri dan mengurung dirinya sendiri dalam kabin bersama ibunya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda