Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pergaduhan puak ragut lebih 50 nyawa

    BOSASSO, Somalia, 24 Okt – Pertelingkahan antara puak di wilayah Somaliland meragut lebih 50 nyawa, demikian kata seorang pegawai di Puntland.

    “Difahamkan 51 orang maut dan 120 yang lain cedera selepas pertelingkahan itu bertukar kepada penggunaan senjata api,” kata Menteri Dalam Negeri Puntland, Abdullahi Ali Hirsi.

    “Kami menyeru gencatan senjata dan mendesak kedua-dua pihak bertelagah menamatkan sengketa dan sertai rundingan damai yang akan diadakan oleh Puntland.

    “Kesemua mangsa yang terbunuh tidak dapat dikebumikan kerana pertempuran masih berterusan,” kata saksi Ahmed Ismail dari kampung Dhumey.

    Katanya, mangsa yang cedera kebanyakannya maut disebabkan kehilangan banyak darah kerana tiada kemudahan hospital berdekatan kawasan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda