Pergaduhan punca polis ditikam

PARIS, 3 OKT – Seorang lelaki yang bekerja di ibu pejabat polis di tengah ibu kota Perancis menikam empat pegawai hingga mati hari ini sebelum ditembak polis, kata sumber kepada AFP.

Penyiasat mengesyaki pertelingkahan di tempat kerja menjadi punca serangan maut ke atas polis Perancis. Penyerang terbabit bekerja di bangunan polis di bahagian pentadbiran. Sumber memberitahu AFP penyerang ditembak mati oleh polis di perkarangan bangunan. Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo mengesahkan, beberapa orang maut akibat ditikam.

Kawasan di sekitar ibu pejabat polis ditutup dan stesen kereta api berhampiran ditutup atas alasan keselamatan, kata pihak berkuasa pengangkutan. Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner, yang dijangka melawat Turki pada lewat hari ini, menangguhkan lawatan beliau untuk melawat tempat serangan. – AFP