Perginya ‘Grumpy Cat’

LOS ANGELES, 17 Mei – Bintang Internet ‘Grumpy Cat’ telah mati pada usia tujuh tahun, kata pemilik haiwan itu awal hari ini.

“Kami dengan amat sedih mengumumkan kehilangan Grumpy Cat yang kami sayangi,” kata mereka dalam satu kenyataan di Twitter.

Kucing terkenal itu, dengan wajahnya yang berkerut membuatnya disayangi oleh berjuta-juta peminat di semua media sosial dan melihatnya bergambar dengan selebriti termasuk Stan Lee dan Jennifer Lopez, mati pada Selasa ‘dalam pangkuan ibunya, Tabatha’ di kediamannya di Arizona.

“Meskipun menerima jagaan daripada pakar profesional, serta daripada keluarganya. Grumpy mengalami komplikasi akibat jangkitan salur kencing yang gagal diatasinya,” kata mereka.

“Selain menjadi kesayangan kami dan ahli keluarga yang memberinya jagaan yang baik, Grumpy Cat telah membantu berjuta-juta orang senyum di seluruh dunia, walaupun pada masa sukar.

“Semangatnya akan terus hidup dalam peminat di semua tempat.”

Beratus-ratus peminat menyiar ucapan takziah di media sosial. Kucing kacukan itu, dengan nama sebenar Tardar Sauce, menjadi terkenal apabila gambarnya ketika kecil disiar di Reddit pada September 2012, kata laman webnya. – AFP

Gambar fail bertarikh 7 September 2015 menunjukkan Grumpy Cat menghadiri perlawanan MLB di antara Arizona Diamondbacks dan San Francisco Giants di Chase Field di Phoenix, Arizona. Bintang Internet ‘Grumpy Cat’ telah mati pada usia tujuh tahun, kata pemilik haiwan itu kelmarin. – AFP