DHAKA, 19 MAC – Satu sesi acara perhimpunan berdoa besar-besaran dengan puluhan ribu penganut mencetuskan bantahan di Bangladesh semalam tatkala negara Asia Selatan itu melaporkan kematian pertama akibat pandemik koronavirus global.
Ketua polis tempatan Tota Miah berkata kira-kira 10,000 penganut Islam berkumpul di padang terbuka di bandar Raipur di selatan Bangladesh untuk mendoakan ‘ayat-ayat penyembuh’ daripada Al-Quran untuk membebaskan negara daripada wabak virus tersebut.
“Mereka mengadakan sembahyang Khatme Shifa selepas subuh untuk membebaskan negara daripada koronavirus,” beritahu Miah kepada AFP.
Penganjur mendakwa jemaah yang hadir berjumlah 25,000.
Beliau berkata penganjur tidak mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mengadakan sesi itu. Gambar perhimpunan dikongsi secara meluas di media sosial, dengan orang ramai mengkritik perhimpunan beramai-ramai tersebut. – AFP