Perhimpunan keluarga HMSHA

Oleh Hajah Shima

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Keluarga Allahyarham Haji Mohd Salleh dan Allahyarhamah Hajah Azizah (HMSHA) baru-baru ini, buat julung-julung kalinya telah mengadakan acara Hari Keluarga di Pantai Muara, di sini.

Perhimpunan keluarga itu bertujuan untuk menyahut mutiara kata yang pernah dikatakan oleh Allahyarham Haji Mohd Salleh iaitu “berpakat-pakat kamu… berpakat ani membawa berkat” bagi menyuntik semangat anak cucu-cicitnya dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga yang juga mengajar erti hidup bermasyarakat yang boleh menyumbang kepada negara untuk masyarakat yang bersatu padu.

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang hari tersebut yang memfokuskan aktiviti beriadah sambil memupuk sikap mementingkan kebersihan termasuk peraduan mewarna dalam bentuk konsep pentingnya menjaga kebersihan dengan membubuh dalam lukisan berkenaan perkataan “buang sampah atu jangan biarkan berjurit” dan “buang huras atu ke dalam tong sampah ah”.

Di samping itu, keluarga HMSHA juga turut mengadakan kempen kebersihan di kawasan Pantai Muara.

Keluarga Allahyarham HMSHA berasal dari Kampong Ayer iaitu di Kampung Saba Tengah dan Ujong.

Peraduan mewarna yang disertai oleh cucu-cucu dan cicit-cicit HMSHA.
Peraduan mewarna yang disertai oleh cucu-cucu dan cicit-cicit HMSHA.
Keluarga HMSHA bergambar ramai pada perhimpunan tersebut.
Keluarga HMSHA bergambar ramai pada perhimpunan tersebut.