Perhimpunan motosikal tetap meriah meski diancam virus

STURGIS – Koronavirus mungkin telah mengubah dunia, tetapi tidak banyak tanda-tanda pandemik pada perhimpunan motosikal tahunan yang diadakan baru-baru ini di sebuah bandar kecil di sepanjang Interstate 90 di barat bandar Selatan Dakota.

Pemandangan di Rali Motosikal Sturgis ke-80 sudah tidak asing lagi bagi para veteran acara tersebut, dengan sekumpulan penunggang motosikal tanpa memakai topeng dilihat di jalanan.

Penunggang motosikal, Kevin Lunsmann, 63, menunggang lebih dari 965 kilometer ke perhimpunan dari Big Lake, Minnesota, bersama beberapa orang rakan. Lunsmann mengatakan dia telah menghadiri acara Sturgis setiap tahun sejak tahun 2003 dan tidak ingin ketinggalan walaupun acara ke-80 ‘agak’ membimbangkan disebabkan oleh koronavirus.

Namun, kehadiran orang ramai dan deretan motosikal mengejutkannya. Dia berkata tidak ada perbezaan dari tahun-tahun sebelumnya ‘selain beberapa orang yang memakai penutup mulut dan hidung’.

Lunsmann mengatakan bahawa dia menghindari bar dan kelab malam yang memenuhi jalan utama bandar raya itu tahun ini, tetapi masih ramai yang mengunjungi tempat-tempat tersebut.

Perhimpunan Motosikal Sturgis ke-80 yang diadakan di Selatan Dakota telah menjadi tumpuan peminat penunggang motosikal dari serata dunia. – AFP
Penunggang motosikal membanjiri jalan-jalan raya. Bagi mereka menghadiri perhimpunan ini adalah merupakan rehat dari rutin harian mereka. – AFP
Antara pengunjung yang datang dengan memakai pelindung muka untuk menghadiri perhimpunan tersebut. – AFP

“Semua orang masih berpesta,” kata Lunsmann.

Penganjur menjangkakan jumlah keseluruhan lebih kecil, mungkin separuh dari jumlah pengunjung yang datang tahun lalu, apabila kira-kira setengah juta orang dari seluruh negara membanjiri bandar yang hanya mempunyai penduduk seramai 7,000 orang.

Angka yang besar meningkatkan prospek bahawa perhimpunan tahun ini dapat menyebarkan virus COVID-19 di sebuah negeri tanpa had khusus untuk orang ramai, tanpa perintah untuk memakai penutup hidung dan mulut dan seorang gabenor yang mengalu-alukan kehadiran pengunjung demi mendapatkan keuntungan.

Bob Graham, 71, salah seorang dari beberapa orang yang masih memakai penutup mulut dan hidung semasa berjalan-jalan di Main Street. “Kami tidak mahu dijangkiti virus. Kami mahu menghadiri acara seperti ini untuk beberapa tahun akan datang,” kata Graham.

Graham yang telah melakukan pengembaraan yang ke-36 ke Sturgis dari Central City, Nebraska, bersama isterinya, dengan menggelar pengembaraan tersebut ‘seperti terapi bagi kami’.

Bagi Stephen Sample, seorang penunggang motosikal Harley dari Arizona, acara itu merupakan rehat dari rutin beberapa bulan terakhir, ketika dia kebanyakannya berada di rumah atau memakai penutup mulut dan hidung ketika pergi bekerja sebagai juru ukur.

“Saya tidak mahu mati, tetapi saya juga tidak mahu melepaskan peluang,” katanya.

Sample menyedari perjalanannya ke perhimpunan boleh berakhir di hospital, yang nampaknya membebani dirinya. “Ini merupakan satu eksperimentasi terbesar,” katanya sambil menambah “Ia mungkin satu kesilapan terbesar.”

Gabenor Republik, Kristi Noem, telah mengambil pendekatan secara luas untuk pandemik, mengelak dari memaksa orang ramai dari memakai penutup mulut dan hidung dan bercakap mengenai tanggungjawab peribadi. Dia menyokong mengadakan perhimpunan.

Kes angka virus harian semakin meningkat di Selatan Dakota, tetapi secara purata dalam seminggu masih sekitar 84 kes, dengan kurang dari dua kematian setiap hari.

Pegawai Sturgis merancang untuk membuat ujian ke atas penduduk secara besar-besaran untuk cuba mengesan dan menghentikan wabak, tetapi sistem hospital terbesar di kawasan itu sudah dibebani dengan kemasukan pelancong dan penunggang motosikal yang pasti memerlukan rawatan perubahan selama ini.

Marsha Schmid, pemilik Side Hack Saloon di Sturgis, berusaha untuk mengelak ancaman virus dengan menyediakan sanitasi tangan.

“Saya berharap mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing dan jika mereka merasa kurang sihat, mereka perlu terus berada di rumah masing-masing.” – AFP