Perhimpunan traktor bayangi Hari Republik India

NEW DELHI, 25 JAN – Ribuan pemandu traktor berkumpul di luar New Delhi hari ini, bersiap sedia untuk menyaingi perarakan tahunan kereta kebal dan angkatan tentera semasa Hari Republik India sebagai membantah reformasi pertanian kerajaan.

Sejak November, para pembantah telah berkumpul di pintu masuk ke New Delhi, membantah undang-undang pertanian yang mereka katakan akan mengundang konglomerat untuk mendominasi sektor pertanian.

Para petani merancang untuk mengadakan perhimpunan melibatkan traktor esok, susulan perarakan tentera di hadapan Perdana Menteri Narendra Modi semasa perayaan Hari Republik.

Ribuan traktor, dihiasi dengan bendera tiga warna India sudah pun bersedia di tiga tapak utama di pintu masuk bandar itu. Manakala 10,000 petani sudah pun berkumpul di bandar barat Mumbai untuk menunjukkan perpaduan. – AFP

Seorang seniman memegang model yang menggambarkan para petani dalam traktor membantah ke atas reformasi pertanian kerajaan di hadapan Red Fort di Delhi, Amritsar pada 25 Januari. – AFP