Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perhitungan Chelsea, Liverpool di final Piala FA

    LONDON, 18 APRIL – Thomas Tuchel memuji tumpuan dan ketenangan Chelsea ketika mereka menewaskan Crystal Palace 2-0 kelmarin untuk menempah tempat ke final Piala FA menentang Liverpool yang memburu empat kejuaraan.

    Pasukan Tuchel terpaksa bekerja keras untuk mematahkan serangan sengit Palace pada perlawanan separuh akhir di Wembley, tetapi aksi balas Ruben Loftus-Cheek meletakkan mereka di landasan tepat untuk penampilan ketiga berturut-turut di final Piala FA.

    Mason Mount memastikan mereka terus selesa bagi mengesahkan pertemuan Chelsea menentang Liverpool pada perlawanan akhir di Wembley pada 14 Mei nanti.

    Ia akan menjadi perlawanan final Piala FA kelima Chelsea dalam tempoh enam tahun kerana mereka ingin menebus kekalahan kepada Arsenal dan Leicester masing-masing pada 2020 dan 2021.

    Kemenangan itu juga mengubat kekecewaan selepas tersingkir di suku akhir Liga Juara-juara kepada Real Madrid pada Selasa lalu, di mana pasukan Blues menjaringkan tiga gol untuk bangkit mengatasi defisit 3-1 pada perlawanan pertama sebelum tewas dalam masa tambahan.

    “Saya fikir prestasi permainan amat terkawal dan sangat serius. Ia sukar, lawan menukar sistem permainan mereka sebanyak dua kali, tetapi kami berjaya mematahkan serangan balas mereka,” kata Tuchel.

    “Ia adalah perlawanan yang sangat mencabar secara fizikal dan mental. Kami adalah pasukan yang paling banyak masa di Eropah.”

    Tuchel telah memenangi Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA sepanjang membimbing Chelsea, tetapi dia masih belum berjaya meraih sebarang trofi domestik untuk Chelsea.

    Kemenangan ke atas Palace memastikan harapan untuk mengakhiri musim dengan trofi masih menyala, walaupun lawan di final nanti adalah Liverpool yang masih di landasan untuk memburu empat kejuaraan musim ini. – AFP

    Reaksi pemain Chelsea selepas Mason Mount menjaringkan gol kedua semasa perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Chelsea dan Crystal Palace di stadium Wembley, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...