Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peribumi Sabah bimbang

    KOTA KINABALU, 3 Mei – Penyelaras Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata kebanyakan rakyat Sabah khususnya masyarakat peribumi, bimbang mengenai isu perihal Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang sedang dan akan ditangani oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan).

    Katanya, pengumuman kerajaan mengenai program pemutihan PATI dan pemberian dokumen kepada rakyat tanpa negara merisaukan rakyat
    Sabah.

    “Apa yang saya suarakan (video mengenai ucapannya menyentuh isu PATI) yang tular dalam media sosial,menimbulkan kebimbangan dan suara hati rakyat negeri Sabah.

    “Selaku wakil rakyat, saya menyampaikan isi hati rakyat yang kurang senang atau tidak setuju dengan beberapa pendekatan atau cadangan menangani isu PATI yang diambil oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Hajiji, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman yang mengkritik dan menyifatkan beliau sebagai pembangkang, apabila satu rakaman video ucapannya di Tuaran menyentuh isu PATI tular dalam media sosial baru-baru ini.

    Hajiji berkata sekiranya apa yang beliau ucapkan dalam video itu adalah program Kerajaan Negeri yang masih di peringkat cadangan, maka seharusnya ia tidak diteruskan kerana rakyat negeri ini membantah dan tidak bersetuju dengan pendekatan dan cadangan berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda