Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Periksa BruHealth bagi slot perjanjian baharu di Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut

Oleh Sim Y.H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan memohon kerjasama orang ramai yang telah membuat tempahan slot perjanjian bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut untuk memeriksa aplikasi BruHealth masing-masing bagi tarikh dan waktu perjanjian baharu yang diberikan.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menjelaskan bahawa ada beberapa perjanjian yang telah diubah bagi mengambil kira kapasiti pusat vaksinasi berkenaan.

Oleh itu, kerjasama orang ramai dalam perkara berkenaan adalah sangat-sangat diharapkan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -