Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Peringatan buat peniaga bazar Ramadan

    Ramadan bakal menjelang dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Namun satu yang ingin saya nasihatkan kepada peniaga bazar Ramadan, jujurlah dalam berniaga dan berikan kualiti terbaik kepada pelanggan kelak.

    Antara yang dimaksudkan dengan kualiti ialah memastikan makanan dalam keadaan yang baik, bukan hampir basi yang dijual dengan harga ‘promo’.

    Elakkanlah menjual makanan yang hanya ada kuantiti tetapi tiada kualiti seperti karipap ‘oksigen’ atau martabak ‘angin’ yang kurang inti di dalamnya.

    Bahkan penjualan minuman juga harus dijaga dan menggunakan sumber yang bersesuaian untuk dijadikan bahan, bukan air paip yang ditadah dan dijual kepada pelanggan yang sedang kehausan berpuasa.

    Begitu juga dengan harga, haruslah berpatutan mengikut harga semasa atau dipanggil harga ‘rahmah’, bukan meletakkan harga ‘rahmatullah’ untuk mengambil kesempatan terhadap pembeli yang berpuasa.

    Kesimpulannya, jujurlah dalam berniaga, insha Allah rezeki akan datang kepada awda.

    Awang Buyun

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...