Perintah berkurung di dua hospital di Shanghai

BEIJING, 22 JAN – Shanghai telah mengenakan perintah berkurung ke atas dua buah hospital terkemuka China selepas ia dikaitkan dengan penularan baharu koronavirus.

Perkhidmatan pesakit luar telah digantung sementara di Hospital Renji dan Pusat Kanser Universiti Fudan Shanghai.

Kawasan tersebut telah pun ditutup bersama beberapa kawasan perumahan komuniti berhampiran.

Selepas sebulan penularan kes yang sederhana dengan ujian dilakukan secara besar-besaran, China dilihat kembali mencatatkan lonjakan kes dengan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini melaporkan 103 lagi kes telah dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu. – AFP