BEIJING, 8 APRIL – Perintah berkurung koronavirus di Shanghai telah memperlahankan rantaian bekalan China, ketika penangguhan menjejas pelabuhan kontena paling sibuk di dunia di mana kakitangan dibelenggu kekusutan sekatan COVID.
Beijing telah menolak untuk meninggalkan strategi sekatan ketat sifar COVID yang telah melindungi sistem kesihatan awam sepanjang pandemik namun memberi kesan ekonomi.
Hab kewangan China, Shanghai – tempat terletaknya firma multinasional dan pelabuhan paling sibuk – telah ditutup hampir keseluruhannya selama seminggu berikutan penularan yang dicetuskan oleh varian Omircron.
Ia sekali gus memaksa kebanyakan syarikat menghentikan pengeluaran dan menangguhkan projek baharu, menurut kilang pengeluaran kepada AFP, sementara yang masih beroperasi bergelut dengan kekurangan pemandu trak dan dibebani permit dan ujian wajib COVID.
Di pelabuhan Shanghai, kekurangan pemandu dan pekerja lainnya bermakna mendapatkan barangan keluar dan masih semakin sukar.
Limbungan beroperasi seperti biasa dengan angka ‘satu digit’ kapal menunggu untuk berlabuh, kata Kumpulan Pelabuhan Antarabangsa Shanghai, minggu ini.
“Tetapi disebabkan sekatan berpunca daripada pemandu trak, ia tidak beroperasi dengan lancar,” kata Bettina Schoen-Behanzin, timbalan presiden Persekutuan Perdagangan Kesatuan Eropah, Shanghai, memberitahu AFP.
Kekurangan itu mula dirasai di seluruh ekonomi pengguna China, di mana platform membeli-belah dalam talian seperti Taobao berdepan penangguhan penghantaran, terutamanya barangan import. – AFP